Haritu mengidam nak bau simen, kali ni Harris Annuar dedah isteri mengidam nak main lato lato

Selepas gemar menghidu bau simen, isteri kepada pelakon Harris Annuar iaitu Asha Merican yang sedang berbadan dua mengidam untuk bermain permainan lato-lato pula. Menerusi dua perkongsian di laman Instagram, Harris pada mulanya bertanyakan kepada pengikut mengenai lokasi untuk mencari permainan dua bola dan bertali itu sebelum berjaya membeli dari sebuah kedai di Damansara, Selangor. Pada posting terbaharu pula, pelakon berusia 30 tahun itu segera menghulurkan dua set mainan tersebut kepada isterinya sebelum Asha yang juga seorang pelakon dilihat sangat gembira sekali gus cuba untuk menunjukkan skill bermain.

“Untuk awak apa pun boleh, ok dah boleh join tournament nanti! Thanks kepada semua yang menolong ibu mengidam nak main lato lato ni! Peninggggggggggg,” tulis Harris yang juga anak kepada kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton. Memetik laporan Harian Metro, Asha mengaku sudah tiga hari mengidam sebelum suaminya dapat memenuhi permintaan untuk bermain lato-lato. “Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini. Klik sini untuk lihat video.

“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga. Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya. “Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” kata pelakon drama Biarkan Ia Pergi itu. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu dan sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung. Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.