Dibesarkan dalam keluarga yang berpisah, rupanya ini punca Isyariana masih belum ada pasangan

Saya tak percaya lelaki. Apatah lagi saya dibesarkan dalam ‘broken family’ (keluarga yang berpisah) oleh ibu seorang diri selepas berpisah dengan bapa,” kata pelakon Isyariana Che Azmi, 33, ketika ditanya mengenai jodoh dan teman lelaki. Isyariana yang melakonkan watak Adellea dalam drama Isteri Halal berkata, dia masih solo dan belum mempunyai kekasih atau teman istimewa sehingga sekarang kerana sangat berhati-hati sebelum mahu menjalinkan hubungan serius dengan seseorang. Saya bukanlah hendak menolak jodoh. Tetapi, saya memang susah nak mempercayai lelaki dan selalunya akan ambil masa lama untuk betul-betul saling mengenali.

Sehingga akhirnya dia rasa bosan dan berlalu pergi kerana berfikir saya tiada usaha untuk ke fasa hubungan yang seterusnya. Saya sebenarnya amat berhati-hati untuk menjalin sebuah hubungan. Ini kerana sejak dari kecil saya sudah melihat kehidupan dan kepayahan dilalui ibu selepas berpisah dengan bapa. Saya nampak situasi sebenar itu. Jadi, ia mungkin mempengaruhi kepercayaan saya terhadap lelaki,” katanya kepada Harian Metro.

Isyariana yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) berkata, dia bagaimanapun tetap percaya dengan jodoh. Katanya, dia yakin apabila sampai masanya Allah pasti mempertemukan dirinya dengan lelaki sesuai dan akan berkahwin juga. Cuma, buat masa ini saya sendiri pun masih selesa hanya berkawan-kawan saja dan belum terbuka hati untuk serius dalam perhubungan. Saya perlukan masa untuk diri nak percaya orang (lelaki) dan sentiasa yakin kalau ada jodoh pasti akan tiba nanti. Sumber Xtra.

Sementara itu, Isyariana yang tampil dengan drama terbaharu berjudul Isteri Halal melakonkan watak Adellea berkata, lakonannya berinspirasikan semangat kental dan ketabahan ibunya yang bangkit membesarkan anak bersendirian selepas berpisah. Watak ini (Adellea) boleh dikata pembakar semangat untuk wanita yang menjadi sasaran tak setia suami agar bangkit dan tidak lemah kerana seorang lelaki. Walaupun hati sakit dan kecewa, kita kena kuat demi diri sendiri dan anak yang perlu dibesarkan.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.