Gelagat Jebat Jayden menyanyi lagu kpop sekali lagi tarik perhatian warganet

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja jadi perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengusik ini. Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di laman instagram @srikandi.79.

Berdasarkan video yang tular di laman instagram itu, Jebat Jayden dilihat sedang menyanyikan lagu bertajuk Fantastic Baby yang dipopularkan oleh kumpulan K-Pop popular iaitu BigBang. Walaupun apa yang disebut agak susah untuk difahami, namun kepetahan Jebat Jayden menyanyi rata-rata menarik minat warganet.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.4k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.