Nampak bahagia je, keakraban Tokti dengan bekas isteri Datuk K tarik perhatian warganet

Penyanyi tersohor, Dato Siti Nurhaliza adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik, bahkan hampir seluruh Asia mengenali beliau. Mempunyai suara yang lunak dan rupa paras yang menawan menjadikan Siti seorang penyanyi yang luar biasa. Selain menjadi penyanyi, Siti juga merupakan seorang Businesswomen di mana beliau mengeluarkan produk kecantikan jenamanya sendiri. Baru-baru ini, Tular satu video yang dikongsikan di tiktok milik @norazlin67 telah menarik hati peminat terutamanya yang meminati Siti. Video yang berdurasi 20 saat itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta, 51 ribu tanda suka dan 230 komen. Didalam video tersebut menunjukkan betapa eratnya Siti bersama bekas isteri Dato Khalid Muhd Jiwa di setiap acara yang mereka hadiri. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video tersebut, peminat menulis di ruangan komen bahawa mereka sangat bahagia melihat kemesraan di antara Siti bersama bekas isteri Dato K. Sekadar info, sebelum pernikahan Dato K bersama Siti, beliau pernah berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham pada 24 Disember 1985, Namun berpisah pada 12 Mac tahun 2005. Selepas setahun lebih menjadi dda akhirnya beliau berkahwin dengan Siti pada 21 ogos 2006. Kredit Soya Lemon PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Terpaksa batalkan persembahan sebab Aafiyah jatuh skooter, TokTi dedah keadaan terkini ank buat ramai yang mendoakan. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan satu persembahan secara mengejut yang telah dijadualkan semalam apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah dikejarkan ke pusat rawatan. Menerusi perkongsian beliau di Insta Story, biduanita itu memohon maaf kepada pelanggannya kerana memaklumkan perkara tersebut di saat akhir kerana anaknya baharu sahaja mengalami kecederaan. Menurutnya, Siti Aafiyah terjatuh ketika bermain scooter sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan. Beliau juga memaklumkan yang anaknya perlu dimasukkan ke Occupational Therapy (OT).

Siti turut berkongsi keadaan tangan Aafiyah yang berbalut dan sebelum menerima rawatan lanjut. Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Tokti di Instagram, beliau memaklumkan Aafiyah dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anaknya. Siti turut menjunjung kasih kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana bertanya khabar serta mendoakan anaknya segera sembuh. Untuk rekod, Siti Aafiyah merupakan anak pertama Siti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini telah menimang cahaya mata perempuan pada 2018. Beliau dan suami, Datuk Seri Mohamad Khaled Jiwa menimang seorang lagi cahaya mata pada 2021 yang diberi nama Muhammad Afwa. – MalaysiaGazette.