Individu yang mendakwa penyanyi Khai Bahar memutuskan hubungan percintaan dengan rakannya tanpa sebarang penjelasan tampil memohon maaf. Menurutnya, isu tersebut sudah diselesaikan dengan baik antara Khai dan rakannya itu dan dia tidak berniat untuk memburukkan nama baik sesiapa. Untuk tweet Syura pasal Khai Bahar & kawan tu dah diselesaikan dengan baik. Dan Syura pun taknak burukkan nama sesiapa pun. Kedua-dua pihak dah berbincang. Syura minta maaf kalau tweet Syura jadi kontroversi,” ujarnya.
Sebelum ini, individu tersebut mendakwa Khai mempermainkan hati seorang wanita yang juga merupakan rakannya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Penyanyi Khai Bahar pernah memuat naik satu kenyataan di ciapan Twitter seperti memberitahu kriteria yang dia mahukan di dalam sebuah hubungan percintaan. Dalam hubungan ni tak minta lebih pun, sekadar setia dan perhatian, dan sampai sekarang aku masih tak kahwin, k bye,” ujarnya. Terkini, seorang individu yang dikenali sebagai Syura membalas ciapan tersebut dengan mengatakan Khai hanya seorang yang pandai berkata-kata sahaja. Malah, dia mendedahkan bahawa pelantun lagu Bayang ini tinggalkan hubungan percintaan bersama rakannya tanpa sebarang penjelasan.
Pandai lah kau berkata-kata. Dulu kau buat kawan aku macam mana? Bertahun-tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau tak nak kau bla macam tu je. Alasan sebab malu. Gla. Malas nak ngeteh. Tapi Khai, kalau kau baca tweet aku ni. Aku nak pesan satu je, tolong ye minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macam tu je sampai ke sudah. Berjanji itu ini pastu kau hilang menyepi, jadi orang tu tolong lah berhati perut sikit,” kata Syura.