Ramai yang teruja bila KJ jadi dj, awal pagi lagi dah ramai yang nantikan dia

Penangan kemunculan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ, 47, sebagai penyampai radio ternyata begitu hangat dan menjadi perhatian ramai sama ada di frekuensi Hot FM atau pun di platform digital dan media sosial stesen itu. Ia berikutan, selepas kemunculan kali pertama yang juga ‘percubaan’ KJ Jadi DJ pada Rabu minggu lalu, pendengar Hot FM sememangnya menanti-nantikan kehadiran figura popular dunia politik ini dalam segmen Bekeps Hot yang diumumkan beliau akan ‘live’ setiap Isnin, mulai jam 8 pagi.

Justeru, ruangan ‘chat’ YouTube Hot FM didapati mula dibanjiri pendengar seawal pagi lagi untuk menunggu KJ tampil ‘on air’ (bersiaran langsung) kali pertama untuk membincangkan topik berkenaan wajarkah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat oleh pencarum. Kebanyakan pendengar yang menghubungi mempunyai pendapat tersendiri, termasuk keperluan utama mereka untuk membuat pengeluaran KWSP itu berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat inflasi.

Mendengar luahan hati pendengar, KJ yang bagaikan memahami berkata, beliau mengharapkan kerajaan dapat membantu meringankan bebanan kehidupan dirasai rakyat dengan langkah penyelesaian tepat. Saya mengharapkan agar Perdana Menteri Ke-10 (Datuk Seri Anuar Ibrahim) dapat jalan penyelesaian membantu rakyat menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang bakal dilakukan nanti. Semoga ada penyelesaian yang terbaik buat rakyat.

Jadi teringat semula pada hari terakhir saya berkempen dulu, sebelum kalah,” katanya secara berseloroh dan selamba yang menggamatkan suasana konti Hot FM dengan tawa meriah. Tidak hanya itu, diperkenalkan juga lagu tema (soundtrack) ‘KJ Jadi DJ Hot FM’ yang dihasilkan oleh penerbit muzik, Roshan Jamrock yang ‘catchy’ dengan disertakan ‘tag line’ popular KJ, menang selfie kalah undi yang diluahkan beliau minggu lalu. Sumber Kosmo.

Apapun, rata-rata pendengar Hot FM masih berasa tidak puas dengan ‘live’ selama sejam KJ yang bergabung bersama Johan, AG dan Fara Fauzana dari jam 8 pagi sehingga jam 9 pagi ini, kerana amat terhibur dengan celoteh KJ yang bersahaja. KJ yang menyertai Hot FM sebagai penyampai radio mulai 15 Februari lalu, bagaimanapun mengesahkan dirinya sedia menyertai Hot FM menerusi temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal pada 9 Februari.

Sehubungan itu, pada minggu lalu disebabkan sambutan sangat baik daripada pendengar terhadap kemunculan KJ turut membuatkan saluran ‘streaming’ Hot FM mengalami gangguan seketika berikutan keterujaan pendengar berhibur dengan celoteh KJ. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.