Muat naik video sambut ulangtahun kelahiran, tapi komen Shuib pada Watie jadi perhatian orang ramai

Wanita yang kini sedang rapat dengan pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkongsi video di Instagram dia menyambut ulang tahun kelahirannya pada Rabu, 8 Februari 2023. Menerusi perkongsiannya itu, Watie memberitahu bukan sahaja usia meningkat namun kematangan, tanggungjawab, pengalaman dan bahagia juga bertambah. “Bertambah umur, bertambah matang, bertambah kenangan, bertambah tanggungjawab, bertambah pengalaman, bertambah bilangan dan bertambah bahagia. “Alhamdulillah, bertambah syukur. Oh… tertinggal lagi satu, bertambah gemoi (gemuk),” kongsi Watie. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun ruang komen di perkongsian itu menjadi lebih menarik apabila Shuib turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Watie. “Selamat ulang tahun,” tulis Shuib secara ringkas berserta emoji tutup mata dan jelir lidah. Rata-rata warganet juga membalas komen Shuib dengan meminta pasangan itu mempercepatkan majlis pernikahan. “Jangn tunggu lama-lama Ib, kahwin saja cepat. Tak payah peduli cakap orang, janji Ib dan anak-anak happy sudah. “Cepat-cepat naik pelamin bang… nak tunggu apa lagi ya dak,” komen warganet. Selain itu, ada juga segelintir warganet yang membuat andaian suara kanak-kanak gelak dalam video yang dikongsikan Watie itu adalah anak perempuan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra. “Yang gelak tu macam suara Dekta (Talita) je,” tulis warganet.

Terdahulu, Shuib mengakui dia kini mempunyai hubungan rapat dengan Watie dan berharap semua orang mendoakan mereka. Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang berusia setahun. Allahyarham Siti Sarah pergi menghadap illahi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021. Sumber, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.