Bukan biasa biasa, kali ni Luqman Hakim sah menyertai kelab dari Iceland

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sah menyertai kelab Iceland, Njardvik FC secara pinjaman. Perkara itu diumumkan Njardvik FC menerusi satu kenyataan dengan kelab liga Iceland itu telah mencapai persetujuan bersama KV Kortrijk untuk mendapatkan Luqman Hakim secara pinjaman sehingga penghujung tahun ini. Berasal dari Malaysia, Luqman adalah pemain penyrng yang mempunyai dua penampilan untuk pasukan kebangsaan Malaysia, serta penampilan junior yang tidak terkira banyaknya. Luqman dibeli KV Kortrijk dan telah membuat dua penampilan untuk kelab itu dalam Liga Perdana Belgium. Selain itu, dia pernah bermain untuk pasukan bawah 21 tahun dan pasukan simpanan kelab,” kata kenyataan itu pada Selasa. Sumber Awani

Pemain dari Kota Bharu itu sebelum ini mencipta sensasi apabila menandatangani kontrak profesional bersama Kortrijk pada 2020 sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama bermain di Belgium. Luqman Hakim membuat penampilan senior pertamanya untuk Kortrijk pada 24 Oktober 2020 ketika menentang Anderlecht selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74.

Kredit Sinar Harian PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.