Lepas 17 tahun, akhirnya Datuk M Nasir dedah akan keluarkan lagu terbaru buat ramai yang teruja

Bersempena filem Imam yang bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Mac ini, pelakon utamanya, Datuk M Nasir turut menyanyikan lagu runut bunyinya (OST) berjudul Munajat. Munajat juga adalah single terbaharu M Nasir selepas sekian lama sejak album terakhirnya, Sang Pencinta pada 2006. Lagu dan lirik ciptaannya itu pasti dinantikan ramai. Nilai estetika karya yang dihasilkan penyanyi legenda ini tidak dinafikan cukup mengagumkan. Sentuhannya kerap menampilkan kedalaman mesej yang sangat tinggi nilainya. Demikian juga Munajat yang menurut M Nasir secara umum membawa maksud doa atau rintihan hati. Rintihan selalunya dalam bentuk zikir yang bertujuan merayu dan meminta keredaan Tuhan Yang Maha Esa iaitu tujuan sebenar seorang Muslim.

Dalam filem Imam, percanggahan pendapat antara imam lama dan baharu melahirkan persengketaan yang mengalihkan perhatian orang daripada tujuan sebenarnya. Lagu ini berusaha untuk mengingatkan kembali perkara berkenaan. Beliau menggalas kepercayaan menghasilkan lagu itu dan diterbitkan syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd. Bergelar seniman serba boleh, M Nasir sering mencabar dirinya dalam pelbagai disiplin seni seperti lukisan, pembikinan arca dan lainnya termasuk bidang lakonan. Beliau juga terkenal dengan watak ikonik seperti Bujang dalam filem Kembara Seniman Jalanan, Desa dalam filem Balada dan yang paling diingati ramai, Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang. Kali ini beliau memegang watak seorang imam. Sumber Harian Metro

Filem Imam terbitan Al- Kahfi Pictures Sdn Bhd adalah sebuah adaptasi karya agung Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang turut dibintangi Vanida Imran dan Faizal Hussein. Filem itu mengisahkan kepulangan Imam Haji Mihad (lakonan M Nasir) ke kampungnya, Kampung Anggrik Desa, selepas lama menghilangkan diri. Dia kemudian dilantik penduduk kampung untuk menjadi imam baharu menggantikan imam tua, Haji Abdul Rahman. Dia berusaha untuk membawa pambaharuan kepada masjid terbabit. Bagaimanapun, usahanya berdepan tentangan daripada penduduk perkampungan itu yang ternyata masih ‘jumud’. Luncai Emas berharap Munajat dapat mengubati rindu peminat M Nasir yang sekian lama menanti buah tangan baharu daripada beliau. Kredit gempak . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.