Suka tengok dia yang sekarang, ramai yang puji penampilan terkini Nelydia Senrose

Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian peminat di mana pelakon wanita terkenal, Nelydia Senrose sedang makan bersama suaminya. Nelydia Senrose tampak begitu ayu dan cantik berhijab.Klip video tersebut mencecah sebanyak 600 ribu tontonan dan 50 ribu sukaan. Rata-rata peminat memberikan komen yang positif dan memuji Nelydia yang tampak begitu cantik berhijab. Mereka juga berharap Nelydia dapat terus istiqamah berhijab. Klik sini untuk lihat video.

@Ashraf Nawawi: Best betul artis wanita yg berubah apa bila ada suami yg berjaya dunia akhirat @Miszlohaa: Setuju.. Suami dia dh berjaya bt dia menutup aurat, insyaallah dgn sempurna.. Smga lebih istiqamah.. alhamdulillah… impian setiap wanita… dpt suami dan pasanga yg betul.. @Lailamajnun: Betul tu.. Alhmdulillah moga terus istiqamah.. Tkde manusia yg tk pernah buat silap..jgn nilai yg dulu.. Nilai yg sekrg. Moga kita Semua dipeliharaNya. @Peringtas: Aku bukan lagi di fasa ‘Tuhan, luluhkan hati dia yang aku cintai’, tetapi aku di fasa ‘Tuhan, luluhkan hati aku untuk dia yang mencintaiku keranaMu’

@Ro Zi296: Dah cantik smkin Ayu, klau nelydia berlakon aku msti kna tngok, bagi lah watak apa pun dia mesti dpt menjiwai dgn berkesan skli @oyen: mashaAllah..tabarakAllah..smga terus istiqomah dgn perubahan dlm mencari redho Allah.. @Hazizamiharbi: Alhamdulillah..tenang wajah mereka.. semoga kekal bahagia hingga ke syurga. @mizztiney1206: Natural beuty..lembut nmpk wajah nely..moga terus istiqomah. Alhamdulillahh. Min doakan yang terbaik untuk Nelydia dan suami. InsyaAllah dipermudahkan urusan untuk terys istiqamah bertudung..

Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Berangkat ke Mekah tunaikan haji, Nelydia Senrose pohon doa ramai permudahkan segala urusan disana. Memang tak asing lagi kita dengan pelakon cantik ini. Selepas menjadi tumpuan berhijab sekembalinya dari menunaikan umrah dan kontroversi buka tudung di Bali, pelakon Nelydia Senrose dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji. Nelydia yang berangkat Mekah bersama suaminya, Mohd. Hafez Halimi pada hari ini menyifatkan panggilan haji yang diterimanya adalah anugerah terindah buat mereka. “Saya dan suami dengan penuh rasa kesyukuran, gembira dan tawaduk atas kebesaran Pencipta yang Maha Pengasih dan Mengasihani yang mengizinkan kami menjadi tetamu Allah bagi menunaikan haji.

Katanya “Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Segala yang saya hajatkan. Semua yang saya impikan. “Apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga ke akhir hayat,” tulisnya dalam Instagram sebentar tadi. Sehubungan itu, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, dengan penuh rasa rendah diri memohon kemaafan kepada semua yang mengenali dirinya. “Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemafaan kepada semua yang mengenali saya. “Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang disedari mahupun tanpa sengaja, terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami,” tulis Nelydia.

Pelakon drama Khilaf Asmara itu memohon doa orang ramai agar perjalanan dan urusannya untuk menunaikan haji dipermudahkan. “Saya mohon dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur,” tulisnya yang turut berkongsi gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Mekah. Terdahulu Nelydia menarik perhatian apabila mengenakan hijab sekembalinya dari menunaikan umrah pada Disember tahun lalu. Nelydia bagaimanapun membikin kejutan apabila membuka tudung ketika bercuti di Bali, Indonesia bersama keluarganya pada Jun lepas. Sumber, KOSMO! ONLINE