Minta haramkan permainan lato lato, wanita ni bengang bila cermin kereta pecah sebab kena benda ni

Mesti ramai yang dah tahu mengenai permainan lato-lato yang semakin viral di kalangan masyarakat setempat. Bukan kanak-kanak sahaja, tapi orang dewasa pun turut ikut sama dalam mencuba permainan yang sedang trending ini. Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok mengenai seorang wanita yang berkongsi luahannya mengenai permainan lato-lato telah meraih perhatian warganet. Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan cermin kereta milik wanita tersebut yang pecah dan retak didakwa akibat terkena permainan lato-lato itu.

Pada awalnya, wanita tersebut hanya ternampak dua kesan hentakan yang berbentuk bulat pada bahagian cermin hadapan. Walaubagaimanapun selepas meneliti kenderaannya, dia menjumpai permainan lato-lato yang berada di bawah keretanya. Difahamkan, wanita tersebut turut meminta agar permainan tersebut diharamkan di Malaysia kerana boleh menimbulkan pelbagai masalah daripada pencemaran bunyi sehingga merosakkan harta benda orang lain. Pada waktu artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 600K jumlah tontonan serta meraih 43K jumlah likes dalam masa dua hari.

Rata-rata warganet meluahkan rasa bengang terhadap permainan tersebut dan ada di antara mereka yang berkongsi pengalaman mereka dengan pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh permainan itu. Sementara itu, ada juga warganet yang berasa kesian terhadap wanita yang terpaksa menanggung kos kerugian cermin keretanya yang pecah akibat lato-lato itu dan meminta ibu kepada kanak-kanak itu untuk tampil membayar ganti rugi.

Sumber, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.