Nama anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sering menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi setelah pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengesahkan mereka sudah berkahwin di Thailand. Tidak berapa lama kemudian, timbul spekulasi mengatakan pemilik nama Faghirah Fatini Kazaruddin yang juga madu kepada aktres, Puteri Sarah Liyana sedang berbadan dua. Terbaharu, Ira berkongsi aktiviti meluangkan masa bersama ahli keluarganya di ‘indoor playground‘ menerusi laman Insta Story miliknya semalam.
Ira kelihatan gembira bermain bersama adik-beradiknya di situ, namun tidak kelihatan kelibat suaminya, Syamsul Yusof. Apa yang menariknya, perkongsian itu dimuat naik semula di laman TikTok orang warganet sehingga meraih pelbagai reaksi dengan mengatakan wanita berusia 28 tahun itu tidak hamil seperti mana dikatakan segelintir pihak. Mereka mengatakan sekiranya Ira benar-benar hamil, dia tidak akan sesekali melakukan aktiviti lasak sehingga boleh mendatangkan kesan terhadap kandungan yang masih mentah. Klik sini untuk lihat video.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan spekulasi ‘mengandung’ itu adalah tipu semata-mata. Selain itu, warganet mempertikaikan Ira Kazar bermain mainan tersebut memandangkan dia kini ‘sedang hamil’ keran boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan. Sekadar info, Syamsul telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan khabar tersebut didedahkannya kepada umum pada 5 Januari lalu. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.