Setelah genap 2 tahun buat bisnes sambal Nyet berapi Khairul Aming berjaya jual 5k botol sehari

Khairul Aming tidak perlu diperkenalkan lagi. Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan berusia 31 tahun ini yang menjadi inspirasi semua golongan. Sempena ulang tahun kedua perniagaan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi perjalanan beliau menjual sambal Nyet Berapi ciptaannya. Lebih manis lagi, tidak hanya menjual 1.5 juta botol dalam masa dua tahun, syarikatnya itu menerima dua anugerah daripada platform jualan online iaitu Shopee iaitu Best New Seller Award dan Best Customer Service Award. Selepas genap dua tahun beroperasi, alhamdulillah hari ini total jualan  sambal nyet berap telah mencecah RM21.5 juta. Kita juga baru terima award untuk Sambal Nyet bagi kategori Best Customer Service. Let me share with you guys macam mana kita manage operation setiap hari. Sumber Sinar.

Lebih membanggakan, dedahnya jualan sambal 2021 berjumlah RM7.5 juta meningkat hampir 100 peratus pada 2022 iaitu RM14 juta. Usahawan sambal yang memiliki dua buah kilang di Kota Bharu, Kelantan itu mendedahkan langkah demi langkah proses penghasilan sambal yang menggunakan teknologi terkini sekali gus menjaga kualiti produk untuk pelanggannya. Tidak hanya bijak mengatur strategi, Khairul Aming juga majikan yang mementingkan para pekerja dan memberikan ganjaran kepada mereka. Malah beliau juga mula bergerak menghadiri acara untuk mengembangkan perniagaan di institusi-institusi pengajian tinggi. Pempengaruh yang terkenal dengan video masakan yang tular terutama ketika bulan Ramadan itu memberikan inspirasi kepada anak muda. Warganet rata-rata teruja dengan kejayaan dan semangat beliau.

Kredit Sinar Plus PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.