Serina tak dapat hak penjagaan ank, tak sangka rupanya ini sebab Mahkamah tak bagi hak penjagaan pada dia

Serina Redzuawan iaitu anak kepada cef selebriti Chef Wan tidak mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya sebaliknya hak penjagaan kekal tersebut diperoleh oleh bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan anak pertama pasangan itu, Tristan Tareef O’luanaigh, 13, kepada Gavin atau nama nama Islamnya, Salahudin Ghafar.Manakala hak penjagaan Isabella Saffiya O’luanaigh, 12, diberikan kepada Serina. Namun Gavin Edward berjaya mengubah perintah tersebut sekaligus memberikannya hak penjagaan kekal bagi kedua-dua anaknya.

Mahkamah membuat keputusan tersebut setelah menemuramah Isabella tentang pilihannya untuk tinggal dengan siapa selama hampir 30 minit. Mahkamah turut mendengar keterangan Gavin. Tetapi Serina diberi hak lawatan dua minggu sekali. Menurut peguam, meskipun sebelum ini Serina diberi hak penjagaan ke atas Isabella namun Serina tidak pernah mengambil anak perempuannya itu untuk dijaga atau menjaga kebajikannya. Untuk rekod, Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber, Utusan Malaysia via Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tak pernah kedekut dengan ibu, Cef Wan sanggup belanjakan RM350k untuk rawatan ibu. DEMI ibu tersayang, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sanggup membelanjakan wang sebanyak RM350,000 untuk tujuan perubatan ibunya atau Noraini Abdullah. Menurut beliau, 64, sepanjang tempoh rawatan itu dia berjimat dalam perbelanjaan dan tidak membazirkan wang untuk perkara yang tidak perlu. “Beberapa tahun lalu, saya memperuntukkan kira-kira RM350,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu saya bagi perjalanan terakhirnya. “Saya telah membuat perancangan selama ini dan tidak mahu membazirkan wang untuk sesuatu yang lain,” katanya.

Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat. Pada Khamis, ibunya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.20 pagi di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat knsr dan beberapa komplikasi penyakit. Dalam pada itu, Chef Wan turut menitip pesan kepada orang ramai supaya bersedia daripada sudut kewangan jika ingin memberikan rawatan terbaik buat ibu bapa mereka. “Jika ingin memberikan ibu bapa anda rawatan perubatan yang terbaik, anda mesti mula menyediakan dana ini atau membeli insurans perubatan buat mereka secepat mungkin,” ujarnya.

Meskipun berat menerima pemergian ibunya itu, Chef Wan reda dengan takdir itu dan bersyukur kerana dapat menjaga Cik Ani sehingga ke akhir hayatnya. “Setiap kali saya bersedih, saya pasti akan memikirkan masa-masa indah bersama ibu yang sentiasa dapat membuatkannya ketawa dan gembira. “Alhamdulillah, itu adalah ubat kesedihan saya. Tiada apa-apa pun rasa kesalan malah saya bangga dan bahagia kerana dapat menjaganya dengan baik,” ujarnya. Kredit, mstar.

Cef Wan kongsikan berita sedih, kini orang yang tersayang pergi menghadap illahi. CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkongsi berita duka kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali Cik Ani kira-kira pukul 6.20 pagi, Khamis. Allahyarham berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat knsr dan beberapa komplikasi penyakit. “Ibu sudah pergi menghadap illahi pada pukul 6.20 pagi tadi,” katanya menerusi kiriman Whatsapp kepada kenalan rapat. Sebelum itu, Chef Wan, 64, menerusi Instagram memberitahu mahu membawa ibunya pulang ke rumah selepas menerima nasihat daripada doktor.

Namun, dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana bimbang rawatan yang diberikan di rumah tidak sebaik di hospital. “Doktor memberitahu saya dengan membawa ibu pulang ke rumah, dia boleh mendapatkan penjagaan yang lebih berkualiti dengan keselesaan di rumah saya. “Tapi kan, jauh di dalam sudut hati saya masih bimbang untuk membawanya pulang dan kami tidak boleh memberikannya penjagaan paliatif dengan baik,” ujarnya. Cik Ani akan disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya dan dijangka akan diuruskan di Tanah Islam Cyber 10, Cyberjaya. Selain menderita sakit, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti alzheimer dan dimentia. Kredit, Mstar.