Baru je mengaku ada hubungan dengan Ubai, sekali ada individu yang cakap Shila Amzah perampas

TAK sampai 24 jam Shila Amzah mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial iaitu Ubai, penyanyi berkenaan dikatakan pula sebagai perampas. Ia ekoran Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, didakwa kerap bergandingan dengan seorang influencer wanita yang juga penyanyi menerusi beberapa video di laman sosialnya sebelum ini. Warganet mendakwa, Ubai dan wanita berkenaan sebenarnya mempunyai hubungan sehingga cakap Shila sebagai punca mereka tidak lagi bersama.

Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 33, berkata, sekiranya benar Ubai mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan, dia tidak akan sesekali menganggu Ubai. Katanya, dia tidak akan sesekali memulakan sesuatu hubungan atas kesengsaraan orang lain dan itu bukan perwatakan dirinya. “Kalau mereka bersama, saya pun tidak akan berkawan atau menganggu Ubai. Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain,” jelasnya. Menjelaskan perkara tersebut, Ubai menerusi siaran langsung di TikTok menjelaskan ramai menyangka dia mempunyai hubungan dengan individu tersebut kerana sering menghasilkan video bersama.

Kata Ubai, keakraban mereka tidak lebih atas urusan kerja malah menyifatkan wanita tersebut sebagai seorang sahabat yang baik. “Kita tidak dapat nak mengubah benda yang sudah lepas, cuma kita boleh belajar daripada kesilapan lalu. Saya dan dia, tidak brblah atau apa. Kami berdua baik sahaja. “Itu adalah urusan kerja dan ia sudah pun selesai. Cuma masih ada beberapa projek bersama yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” ujarnya. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.