Status masih tergantung, terkejut bila ada individu yang dedah ini yang jadi antara Noor Nabila dan Engku Emran

Status rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa sudah retak menanti belah. Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perpisahan. “Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” katanya kepada Harian Metro. Difahamkan, hubungan mereka sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila tiada foto atau video bersama di media sosial masing-masing. Lebih menguatkan dakwaan itu, kelibat Engku Emran langsung tidak kelihatan ketika Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah, semalam.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Sbelum ini, Baru-baru ini, Neelofa dan suami, Haris Ismail bersama-sama anak mereka Bilal telah berangkat ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah. Dalam beberapa rakaman yang tular di media sosial, kelihatan keluarga Neelofa turut bersama berkumpul di lapangan terbang.

Yang paling menjadi perhatian adalah kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila yang dilihat bersama anak lelakinya, Jayden dan bekas suami, Sharnaaz. Berikutan kehadiran Sharnaaz ke majlis berangkatnya bekas adik iparnya itu, ramai memuji-muji pelakon berkenaan yang dianggap dapat mengenepikan ego dan masih berbaik dengan bekas mertua. Namun, dalam pada masa yang sama, ramai yang mempersoalkan kehadiran suami Nabila, Engku Emran yang tidak kelihatan pada hari tersebut. Warganet walau bagaimanapun tetap mendoakan agar rumah tangga Nabila dan Engku Emran berada dalam keadaan baik sahaja.

Trdahulu, Pengikut usahawan itu rata-rata melahirkan rasa syukur dan gembira dengan video berkenaan kerana melihat cara Nabila menjawab segala persoalan berhubung isu rumah tangga mereka sebelum ini. “Halus penjelasan yang diberikan terhadap spekulasi yang tercetus. “Dalam video ini kena faham ada dua perkara. Pertama kecomelan Jayden. Kedua, perhatikan imam itu bagi menjawab segala persoalan warganet. “Kalau dia post tandanya mereka baik-baik sahaja. Lagipun minggu lepas tengok Instagram Story sepupu Nabila, elok jer mereka makan tengah hari bersama,” komen warganet.

Umum sedia maklum dengan kemesraan dan curahan kasih sayang pelakon berbakat besar, Sharnaaz Ahmad terhadap anak tunggalnya, Jebat Jayden, yang kini menginjak usia lima tahun pada Ogos nanti. Meskipun rumah tangga selebriti kelahiran Pulau Mutiara bersama kakak kepada aktres tersohor, Neelofa iaitu Noor Nabila sudah lama menemui titik noktah, mereka masih berkawan baik demi Jebat. Malah, Sharnaaz juga akui bahawa anaknya adalah sumber kekuatannya dan siapa dirinya pada hari ini dalam berusaha menjadi seorang yang lebih baik. Terbaharu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan keperibadian aktor berusia 37 tahun sebagai seorang bapa bertanggungjawab menghantar anaknya menunaikan ibadah umrah.

Dalam hantaran tersebut, Sharnaaz dilihat melayan kerenah Jebat yang berada dalam baby stroller di hadapan kaunter daftar masuk dekat lapangan terbang. Walaupun video berkenaan mengkhususkan kepada anak Neelofa, Muhammad Bilal, namun lain pula jadinya apabila ramai warganet lebih menumpukan akan kelibat Sharnaaz di situ. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Sharnaaz yang sanggup mengetepikan soal kerja demi seorang anak yang bakal berlepas menunaikan ibadah umrah.

Selain itu, ada juga warganet membandingkan sikap Sharnaaz dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang dikhabarkan tidak nampak kelibatnya di lapangan terbang sewaktu anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah pergi menunaikan umrah. Sementara itu, ketiadaan kelibat suami Noor Nabila iaitu Engku Emran di lapangan terbang menjadi bualan warganet. Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden. Spekulasi perpisahan Nabila dan Emran mula diperkatakan apabila dia bertindak memadamkan semua gambar bersama di Insta gram.

Sumber, LAB. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.