Suhaimi Saad minta izin isteri nak kahwin lagi, tapi reaksi isteri buat ramai yang tak sangka

Disebbakan kontroversi kahwin dua dan tak setia dalam kalangan selebriti telah menjadi perbualan, penyanyi nasyid, Suhaimi Saad dilihat turut berseloroh kepada isterinya, Ina Naim dengan meminta izin berkahwin lagi satu. Menerusi video di TikTok miliknya, Suhaimi telah bertanya kepada Ina sama ada boleh atau tidak jika dia ingin bernikah satu lagi. Namun, belum sempat dia menghabiskan pertanyaan tersebut, Ina Naim telah memotong percakapannya dengan menyuruh suaminya membeli mesin basuh dahulu sebelum ‘berangan’ untuk menambah ‘cawangan’.

Dalam video selanjutnya, Suhaimi dilihat seolah-olah mengalah dan mengatakan yang akan membeli mesin basuh namun disambut dengan seloroh isterinya yang meminta dua buah peralatan elektrik tersebut. Perkongsian tersebut telah mendapat komen yang pelbagai daripada warganet. Kebanyakkan mereka terhibur dengan gurauan penyanyi nasyid yang terkenal dengan keyakinan bahawa ‘bumi berbentuk rata’ itu bersama isterinya. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum ini, Suhaimi ada bergurau hal sama iaitu berkenaan kahwin dua ketika isu pengarah tersohor menikah lagi menjadi perbahasan di media sosial. Terdahulu, penyanyi nasyid  itu pernah menyatakan hidup secara ‘zuhud’ dengan tidak menyediakan peralatan asas seperti mesin basuh serta peti ais di rumahnya. Walau bagaimanapun, dia menafikan tuduhan ‘mendera’ isteri membasuh baju menggunakan tangan kerana mereka memilih untuk menggunakan perkhidmatan dobi 24 jam.

Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.