Bengang dengan sikap orang yang suka mengata, sekali Syifa Melvin sound setepek

Perkongsian terbaharu pempengaruh media sosial, Syifa Melvin di Instagram Stories miliknya telah menarik perhatian apabila dia seakan meluahkan sesuatu mengenai sikap seseorang yang mengutuk orang lain. Menerusi hantaran tersebut, Syifa yang juga isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rashid berkata biarlah memiliki rupa paras yang biasa namun jangan ada sikap suka mengutuk orang lain. “Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar tak berduit, tapi jangan suka mengutuk orang tak tentu hala. “Macam lah orang tu buat salah besar dekat awak, yang asyik kutuk-kutuk tu kita tak kenal dia dan dia tak kenal kita,” katanya.

Pun begitu, kepada siapa perkongsian tersebut ditujukan tidak dinyatakan Syifa. Dalam pada itu, Syifa turut mengingatkan orang ramai agar menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan dengan sebaiknya selain tidak mengamalkan sikap terkutuk itu. Kita yang lain ini yang Allah kurniakan akak fikiran yang waras, yang masih boleh berfikir, masih punya hati yang baik jangan duk mengata orang ok. “Orang kita kutuk tu tak rasa pun, kita je yang panas baran tak semena mena. Semoga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” tambahnya.

Sumber, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ikut gaya isteri masa tengah live, gelagat Safawi Rasid buat ramai yang terhibur. Sudah dua bulan membina mahligai, rumah tangga selebriti Syifa Melvin dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rashid masih lagi menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini di media sosial. Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @ayu_rahayu842 di laman TikToknya, kelihatan pasangan tersebut sedang membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut. Dalam video tersebut, kelihatan Syifa sedang membuat demo mengenai kualiti produk kecantikan namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat Safawi yang leka mengikut gaya isterinya itu telah berjaya menghiburkan ramai. Klik sini untuk lihat video.

Bukan itu sahaja, warganet sempat berseloroh berapa bayaran yang diterima oleh Safawi sebagai pelakon tambahan yang telah membantu dalam jualan yang dilakukan oleh Syifa semasa siaran langsung tersebut. Sekadar info, Syifa dan Safawi selamat mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 di sebuah majlis akad nikah bertempat di hotel terkemuka ibu kota. Sumber, Omm.