Tak nak beli tiket punya pasal, ibu bapa sanggup tinggalkan bayi di airport

GAMBAR SEKADAR HIASAN

SUAMI isteri sanggup tinggalkan bayi mereka di kaunter daftar masuk di lapangan terbang, gara-gara enggan membeli tiket penerbangan secara berasingan. Dalam kejadian di luar negara pada Selasa, kakitangan daftar masuk meminta ibu bapa tersebut membeli tiket untuk bayi mereka. Memetik laporan media Israel, Mako, kekecohan berlaku di Lapangan Terbang Ben-Gurion di Tel Aviv, apabila ibu bapa bayi itu enggan membayar tiket untuk anak mereka bagi penerbangan ke Brussels, Belgium. Menurut Ryanair, penumpang yang menaiki penerbangan bersama seorang bayi boleh membayar sama ada kira-kira £25 (RM132) atau membeli tempat duduk berasingan untuk anak mereka pada tambang standard bagi dewasa.

Pasangan itu yang merupakan pemegang pasport Belgium dilaporkan meninggalkan anak mereka yang berada dalam kereta sorong bayi. Mereka seterusnya bergegas ke bahagian imigresen. Menyedari bayi malang itu ditinggalkan, kakitangan menghubungi polis sebelum menahan pasangan suami isteri itu untuk disoal siasat. Menerusi satu rakaman yang diperoleh Mako, menunjukkan pekerja daftar masuk terkejut menemui seorang bayi berada di dalam kereta sorong tanpa pengawasan penjaganya. “Semua pekerja terkejut. Kami tidak pernah melihat perkara seperti ini. Kami tidak percaya apa yang kami lihat,” kata seorang pengurus desk Ryanair

Bercakap kepada Mako, pegawai penerbangan berkata, pasangan itu kelihatan bimbang untuk melalui keselamatan. “Pasangan itu tiba lewat untuk penerbangan selepas kaunter daftar masuk penerbangan ditutup,” kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel. Pihak berkuasa berkata, kakitangan membawa pasangan itu kembali ke kaunter penerbangan untuk mengambil bayi mereka, dan menghubungi polis serta pengawal keselamatan’. “Pasangan tersebut mengambil semula bayi itu,” tambah pihak berkuasa. Sumber, Metro UK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.