Impian setiap ank nak bahagiakan ibu, Nubhan ubah suai bilik ibu macam hotel undang sebak warganet

Demikian antara pujian yang diberikan warga maya tatkala melihat penyanyi itu membuat kejutan istimewa kepada ibu tersayang. Perkongsian video yang dimuat naik Nubhan menerusi laman Instagram miliknya memaparkan beliau yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu membawa ibunya memasuki bilik yang sudah siap diubah suai. Memang dah lama saya memasang hasrat untuk mencantikkan rumah mak di kampung. Kebetulan ada rezeki lebih jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk merealisasikan impian tersebut. Selain bilik mak dan bilik air, saya turut menambah sebuah lagi bilik untuk kegunaan kakak sekeluarga yang kebetulan berpindah dan duduk dengan mak di kampung,” ujar Nubhan yang mengakui bilik asal ibunya agak kecil berbanding sekarang.

Ditanya reaksi ibunya, Nubhan hanya ketawa kecil. Kata beliau, puas Mak Jenny atau nama sebenarnya Badariah Omar membebel disebabkan kerja-kerja tersebut mengambil masa yang lama iaitu tiga bulan untuk disiapkan. Asalnya, mak meminta saya menambah tiles pada ruang berkenaan, tetapi apabila difikirkan lebih baik saya ubah suai untuk keselesaan mak dan adik beradik lain. Saya sengaja tak benarkan mak melihat proses mengubahsuai biliknya sebab nak bagi kejutan. Pada masa sama, saya tak mahu mak membebel jika lihat biliknya bertukar wajah,” seloroh Nubhan yang pernah tinggal bersama ibunya sewaktu bujang dahulu.

Berbicara lanjut tentang pengubahsuaian tersebut, ujar selebriti itu, apa yang dilakukan itu juga merupakan hadiah untuk ibu dan kakaknya di kampung. Bila kita tengok orang tersayang gembira, secara automatik kita rasakan segala penat lelah berbaloi. Malah, saya juga berpegang kepada konsep memberi lebih baik daripada menerima. Alhamdulillah, rezeki saya cukup murah dalam bisnes. Sebelum ini saya membeli rumah atas permintaan mak, selepas berkahwin saya membeli untuk isteri pula.

Selain dijadikan aset, ujar Nubhan, ia merupakan salah satu cara beliau menggembirakan insan tersayang yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya selama ini. Lagipun, pemberian ini tidak seberapa dibandingkan pengorbanan mak melahirkan dan membesarkan kami adik beradik. Kini tiba masa saya membalas jasanya kembali,” jelas Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad. Tambah bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia Musim ke-6 itu, apabila berbudi dengan orang tersayang lebih-lebih lagi ahli keluarga, TUHAN akan kurniakan rezeki berlipat kali ganda. Sebab itu saya tidak mahu lepaskan peluang dan yang penting setiap apa yang saya peroleh sekarang adalah atas IZINNYA dan doa mak. Bahkan saya anggap mak dan ahli keluarga yang lain sebagai ladang pahala dan rezeki. Daripada situlah saya menuai hasilnya kini.

Alhamdulillah setakat ini bisnes makanan Mak Jenny, produk kosmetik & skincare Lantara Beauty serta klinik mendapat sambutan yang baik. Sehingga kini sudah ada lebih kurang enam produk Mak Jenny di pasaran seperti Sambal Pedas, Masak Lomak Daging Salai dan Sambal Tempoyak,” ujarnya sambil mengakui mengakui ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak dek komitmen bisnes yang tidak membolehkan beliau untuk aktif terutama dalam bidang lakonan.Pun demikian katanya, bidang nyanyian masih belum hilang jejaknya. Sehingga kini, beliau masih lagi menerima undangan membuat persembahan. Kredit Sinarplus . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.