Dalam diam rupanya dah ada kekasih baru, Yazmin Aziz dedah dah sedia nak kahwin hujung tahun ni

Selepas episod cinta bersama pemain bola sepak gagal sebelum ini, kini penyanyi Yazmin Aziz sudah menemui cinta baharu iaitu seorang atlet bola keranjang asal Hong Kong. Memetik laporan, Yazmin berkongsi detik perkenalan bersama jejaka bernama Austin Veloso itu pada Januari lalu. Kami bertemu pada Januari ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan tersebut. Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal. Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut,” kongsinya.

Tambah pelantun lagu Pencuri Hati ini dia mengakui selesa bersama Austin dan tidak menolak rezeki untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Dari dulu lagi saya sentiasa tetapkan dalam fikiran kalau bercinta adalah untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin. Austin seorang lelaki yang berbeza dan saya rasa tenang dengannya. Apa yang dia mahu selari dengan pendirian saya. Secara peribadi, saya sedia untuk berkahwin. Usia muda bukan jadi penghalang. Kalau ada jodoh mungkin selepas tamat belajar hujung tahun ini saya mahu kahwin.

Walaupun kami ini LDR (percintaan jarak jauh), tapi rasanya dia sentiasa ada bersama. Dia selalu update melalui mesej dan telefon. Kami juga cuba untuk tetapkan berjumpa sebulan sekali sama ada saya terbang ke sana atau dia datang ke sini. Terdahulu, Yazmin menjalin cinta bersama pemain bola sepak Nixon Guylherne dan hubungan tersebut tidak bertahan lama. Sumber, Oh Media. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.