Isteri akan bersalin tak lama lagi, Zaki Azeman dedah isteri mengidam nak minum air milo lori

PELAKON Zaki Azeman berkongsi berita gembira isterinya iaitu Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali Raa Suzuran kini hamil anak pertama dan usia kandungan sudah memasuki tujuh bulan. Dijangka menimang cahaya mata itu pada bulan Syawal nanti, Zaki atau Muhammad Zaki Azeman, 29, dan isteri memilih untuk merahsiakan jantina anak mereka dari pengetahuan ramai termasuk ahli keluarga. “Rasanya ramai sudah tahu isteri hamil meskipun kami tidak pernah beritahu kepada orang ramai sebab perut isteri pun sudah semakin nampak dan kami pernah dilihat membeli kelengkapan bayi. Cuma sebelum ini saya tidak dedahkan sebab biarlah kandungan itu betul-betul kuat dahulu.

“Malah gender pun kami rahsiakan. Sekarang ini yang tahu jantina hanya saya dan isteri sahaja. Kami akan dedahkan dalam satu majlis nanti sebagai kejutan buat semua,” katanya. Bercerita tentang pengalaman awal kehamilan isteri, Zaki mendedahkan Raa mengalami alahan teruk sehingga kerap kali termuntah. Namun satu perkara yang tidak boleh dilupakan apabila isteri kini mula mengidam minuman malt jenama Milo walaupun tidak pernah menyukainya sebelum ini.

“Tiga bulan pertama hamil, isteri memang alami alahan teruk sehingga kerap muntah. Ada ketika dia merajuk sebab saya tidak dapat membantunya yang muntah di tengah malam disebabkan terlalu lena tidur.”Sekarang ini dia (isteri) juga sudah mula suka minum Milo selepas menikmatinya ketika kami di Kundasang, Sabah. Manalah saya nak cari lori Milo? Kalau boleh sesiapa tolong carikan, sila beritahu saya,” ceritanya. Dalam pada itu, Zaki memberitahu dia dan isteri sudah melakukan persiapan menyambut kelahiran anak mereka nanti. Malah, dia juga sedang memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik kerana sedar tanggungjawab besar bakal dipikul kelak.

“Dari segi persiapan saya sekarang lebih memberi fokus kepada isteri agar dia sentiasa sihat dan tidak tertekan sebelum bersalin. Saya sendiri tak sangka akan jadi bapa. Mentaliti saya berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab seperti mana lelaki lain yang sudah punya anak,” jelasnya. Untuk rekod, Zaki selamat bergelar suami kepada Raa yang juga merupakan adik pengacara Jaa Suzuran pada 29 Mei tahun lalu.

Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.