Mohon orang ramai doakan, Zulin Aziz terpaksa jalani operasi segera disebabkan sakit ini

Pelakon Zulin Aziz memohon orang ramai untuk mendoakan agar operasi yang akan dia jalani berjalan lancar dan dipermudahkan. Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia menghidapi penyakit apendiks dan batu hempedu dimana perlu menjalani operasi untuk membuangnya. Menurutnya, dia mengakui takut dan masih belum bersedia untuk melakukan pembedahan tersebut kerana pada awalnya dia menyangka hanya sakit gastrik. Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani pembedahan Appendix & batu hempedu.

Doakan saya semoga selamat & dipermudahkan segala urusan yaa? Jujurnya saya takut. Tak bersedia, ingat gastrik tapi terus kena masuk bilik bedah. Allahuakbar. Ya Allah panjangkanlah umurku, Permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim,” ujarnya.Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis seperti Sherry Alhadad, Dayana Roza, Feeya Iskandar turut mendoakan agar pembedahannya berjalan dengan lancar.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.