Sekarang dah tiada individu datang hantar bantuan, pengasas rumah ank yatim dedah kebaikan Abam

PEMERGIAN pelawak Abam Bocey sejak tiga tahun lalu bukan sahaja kehilangan besar buat industri seni namun juga memberi kesan kepada pengasas Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah iaitu Esah Lila @ Abdullah. Mesra dengan panggilan nenek, Esah, 68, berkata Abam dan juga ibunya iaitu Sabariah Arshad banyak menghulurkan bantuan kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan. “Keluarga arwah Abam memang banyak membantu nenek dan anak-anak di pertubuhan. Sebelum kami mengenali Abam, ayah dan ibunya banyak membantu kami.

“Makan dan minum mereka sediakan sendiri dan berikan kepada kami. Bantuan ini kemudian diteruskan oleh Abam. Pesannya kepada nenek yang dipanggilnya ibu, segala apa yang diberikan jangan diceritakan kepada sesiapa pun. “Apabila dia pergi menghadap illahi pada tarikh itu, nenek terpaksa bercerita kepada media sebab itu adalah perkara baik, bukan cerita yang buruk,” katanya. Esah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa bersama Datuk Aishah & Ezad Lazim di Ampang, Selangor pada Isnin.

Mengimbau kenangan terakhir bersama Abam, Esah memberitahu Allahyarham sempat membelikan pakaian seragam sekolah untuk anak-anak di rumah kebajikan itu. “Rasanya sebelum Abam tinggalkan kami buat selama-lamanya, dia belikan baju sekolah kepada adik-adik. Tapi selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekolah ditutup. “Jadi baju itu dipakai berselang-selang sehingga hari ini. Sekarang dah tiada lagi yang datang kepada nenek untuk hulur bantuan selepas Abam,” ujarnya. Menurut Esah, Abam dulu adalah tempatnya mengadu sekiranya teringin menikmati sesuatu hidangan yang dimasak menggunakan air tangannya sendiri.

Jelas Esah semuanya kini hanya tinggal kenangan dan berharap agar ada insan yang murni seperti arwah Abam. “Sekarang sesekali nenek berjumpa adiknya, Ali. Dulu, Abam akan serahkan sendiri sumbangan. Sebelum sertai Maharaja Lawak, dia la memasak makan minum untuk kami. “Apa saja majlis walau sekecil mana pun, kamilah orang pertama yang disuruh makan. Nenek kenal keluarga dia bila berpindah ke Batu 8 Gombak. Mereka memang suka menjamu makan. “Sekarang nenek bukan setakat sukar kehidupan kerana kewangan… kami turut merasa kehilangan. Dulu bila nenek mengadu, Abam… ibu nak makan mi goreng, ibu nak makan nasi lemak, dia akan segera masakan tapi sekarang semua dah tiada lagi. Nenek dah tak jumpa orang sepertinya,” katanya.

Dalam pada itu, Esah juga memberitahu bahawa dua rakan Abam iaitu pelawak Fad dan Achey juga sering menghulurkan bantuan buat rumah kebajikan itu. “Bila mereka berjaya dalam program Maharaja Lawak atau apa juga pertandingan, dia akan datang kepada nenek dan menghulur sumbangan kewangan, namun diminta jangan hebohkan,” kongsinya. Dalam perkembangan lain, Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah menjadi pilihan pihak Xutfilm Studio berbuka puasa bersama penyanyi Datuk Aishah dan juga Ezad Lazim pada 7 April depan di Grand Barakah Hotel, Ampang.

Menurut Pengurus Projek mewakili Xutfilm Studio, Shahriz Taher, program dirancang bertujuan menggalakkan orang ramai mengambil peluang meraikan insan kurang bernasib baik. “Objektif program ini adalah untuk mengajak orang ramai mengumpul pahala dan sama-sama memberi sedekah kepada anak yatim. Saya turut akan menyumbangkan 15 peratus hasil jualan tiket kepada rumah terbabit,” kongsinya.

Untuk rekod, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi akibat demam panas pada 10 Februari 2020. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.