Aliff tak akan terima tawaran berlakon dengan Sophia, Bella Astillah akui dah memafkan tapi tak boleh melupakan

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sudah memaafkan pelakon, Sophia AlBarakbah yang sebelum ini didakwa mengganggu rumah tangganya dengan Aliff Aziz tetapi tidak akan melupakan perkara itu. Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, berkata, dia kini mengutamakan ketenangan hati dan tindakan memaafkan itu membuatkan dia lebih tenang untuk menjalani kehidupan bersama suami dan anak-anak. Saya sudah memaafkan dia (Sophia), tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku itu. Saya juga doakan semoga dia terus berjaya,” katanya. Ditanya juga sama ada dia bersedia digandingkan dengan Sophia dalam lakonan, Bella berkata, sama seperti keputusan Aliff, dia juga tidak akan menerima tawaran berlakon bersama Sophia.

Keputusan Aliff dan saya sama. Kami tak akan kerjasama lagi dengannya lagi dalam lakonan. Cukuplah dalam drama sebelum ini. Saya dan Aliff sudah berbincang mengenai perkara ini dan ia keputusan terbaik,” katanya kepada Harian Metro. Mengulas mengenai sama ada dia campur tangan untuk persetujuan memilih heroin yang boleh berlakon dengan suaminya, Bella berkata, dia masih ada kepercayaan terhadap Aliff. Dalam urusan kerja lakonan Aliff, saya tak campur tangan dan okay saja dia berlakon dengan wanita lain. Saya tidak menentukan heroin untuk dia termasuk mengikutnya ke lokasi penggambaran.

Saya masih percayakan Aliff dan bagi projek lakonan terbaru bersama pelakon, Trisha Ooi. Nampaknya semua okay dan naluri hati saya juga tidak berasa curiga. Ia berbeza daripada sebelum ini. Sebagai isteri, naluri hati dirasakan itu selalu benar. Terdahulu, timbul kontroversi antara aliff dan sophia sehingga tercetusnya isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya dengan Bella ketika membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di slot Akasia TV3 pada Februari lalu.

Ia selepas pendedahan Bella memaklumkan wanita berkenaan mengaku dia ‘tersuka’ dengan Aliff. Malah, sering membuat panggilan telefon kepada Aliff setiap hari kira-kira tujuh hingga lapan kali ketika mereka berlakon bersama itu. Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun pernah berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.

Mereka kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.