Ambik wuduk guna air paya sekali lain yang jadi apabila anak buaya sambar tangan

Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila tangan kanannya digigit seekor buaya di sebuah kawasan paya berhampiran Padang Papan di Manir dekat sini, petang Jumaat lepas. Che Man Zakaria, 61, yang bekerja sebagai penangkap ikan darat berkata kejadian pada 7.25 petang itu berlaku ketika beliau sedang mengambil wuduk menggunakan air paya untuk menunaikan solat Maghrib.

Saya baru sahaja selesai menangkap ikan darat di paya itu dan ingin solat Maghrib terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Ketika mengambil wuduk dalam keadaan mencangkung, tiba-tiba muncul seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menyambar tangan kanan saya. Kejadian itu menyebabkan saya terjatuh ke dalam paya. Kawan-kawan saya yang tidak sedar kejadian itu, bertanya kenapa saya terjun, saya cakap bukan saya terjun tetapi ada buaya sambar tangan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kebor Besar di Manir dekat sini.

Katanya setelah menggigit tangannya reptilia itu terus menghilangkan diri di dalam paya dan tidak lagi timbul walaupun dia dan rakan-rakan cuba mencari haiwan itu. Che Man berkata dalam keadaan berlumuran drh, beliau menggagahkan diri menunggang motosikal pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga. Kejadian itu menyebabkan beliau terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan menerima 12 jahitan di tangan kanan. Bapa kepada 10 anak itu memberitahu sebelum ini beliau pernah tersempak dengan buaya di kawasan paya berkenaan namun kejadian pada petang Jumaat itu adalah kali pertama haiwan itu menyambarnya.

Saya percaya ada lagi dua atau tiga ekor buaya di kawasan paya itu. Mungkin reptilia itu terlepas masuk dari Sungai Nerus akibat banjir Disember lalu,” katanya yang telah 15 tahun menangkap ikan darat sebagai sumber rezeki untuk menyara keluarga. Kredit Harian Metro,PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.