Ramai yang jatuh hati bila tengok video Kahar mengaji, merdu betul siap dengan lenggok lagi

Hampir ke penghujung, drama Projek High Council menjadi antara fenomena hari ini. Sebuah karya di bawah Astro Originals dengan barisan pelakon baru dan lama menjadikan drama ini menarik dengan jalan cerita agak berbeza dari kebiasaan yang dipaparkan di televisyen. Antara pelakon yang menjadi perhatian adalah Amir Ahnaf sebagai Kahar, Naim Daniel sebagai Azam atau Ayam, Nadhir Nasar sebagai Naim, Azhar Sulaiman sebagai Firdaus Ismet dan ramai lagi. Salah seorang pelakon Projek High Council, Amir Ahnaf baru-baru ini telah jadi perhatian ramai. Amir Ahnaf pelakon ‘Kahar’ mengaji telah membuatkan ramai ‘tertawan hati’.

Manakan tidak, Kahar adalah satu karakter antagonis dalam karya fenomena tersebut dan watak yang dibintanginya itu sangat menjadi hinggakan ramai terikut-ikut skripnya. Namun dalam rakaman ini, Kahar mengaji siap dengan lenggok dan suara merdu membuatkan ramai jatuh hati. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang telah jadi perhatian ramai. Lain betul personaliti Amir Ahnaf dalam video ini dengan karakter Kahar yang dilakonkan oleh pelakon baru tersebut. Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan reaksi memuji dan jatuh hati untuk dijadikan calon suami. Klik sini untuk lihat video.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

Sumber : ttk. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.