Amy Mastura Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Amy Mastura, merupakan penyanyi dan pelakon dari Malaysia yang menyinari industri seni tanah air suatu ketika dahulu. Amy pernah membuat persembahan di Asia bagus, di Japan pada tahun 1993 dan pada tahun 1995 Amy memenangi anugerah penyanyi wanita popular. Kerjaya Amy bermula dalam bidang nyanyian dan kemudian dia meneruskan lagi kerjayanya sebagai anak seni dalam bidang lakonan. Amy banyak membintangi filem-filem melalui watak utama, salah satunya adalah Puteri Impian yang menjadi filem kesukaan ramai ketika itu. Amy juga sehingga hari ini sering melakonkan watak-watak yang lucu kerana dia mempunyai peminat yang menginginkan Amy bawa watak sedemikian kerana di luar Amy adalah seorang yang lucu dan mudah terhibur. Klik sini untuk lihat video.
Baru-baru ini, tular satu video di instagram miliknya yang membuatkan warganet terhibur dengan telatah Amy itu. Video berkenaan menampakkan Amy bersama rakan-rakannya yang sedang menikmati minum petang dan ingin membasuh tangan lalu air basuh tangan dibawa oleh pelayan dan itu membuatkan Amy merasakan dilayan seperti orang kayangan.
Gelagat Amy itu ditertawakan rakan-rakannya kerana mereka terhibur dengan situasi tersebut. Rata-rata warganet juga terhibur dan tinggalkan komen pada video berkenaan. Bagi min, min memang suka Amy Mastura sebab orangnya memang jenis ‘masuk air’ dan mudah menghiburkan orang-orang disekelilingnya. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.