Ummi Nazeera berkongsi detik cemas apabila anaknya terpaksa menjalani operasi sebab tulang siku patah

Pelakon Ummi Nazeera tampil berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya, Ayra Aneesah terpaksa menjalani operasi kerana tulang sikunya patah, baru-baru ini. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Ummi menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam. Menurut Ummi, dia berasa bersyukur kerana suaminya yang juga merupakan seorang doktor, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani sentiasa berada di sisinya sewaktu detik cemas itu berlaku. Alhamdulillah, Ayra Aneesah operation went well. I dont know what i would do without you, Izzar. Thank you for being so calm. That makes me calm,” tulisnya.

Menyedari perkara itu, pelakon drama Risik Pada Hati itu juga menyatakan pentingnya keberadaan seorang suami dikala isterinya sedang emosi dan sedih. Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang kadang ibu emosi, sedih sangat tengok anak sakit. Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yang baik dan hadir dalam hidup anak anak kita. Kita doakan ya. Dalam perkongsian tersebut, Ummi turut berkongsi perkembangan terkini anaknya itu yang semakin pulih biarpun perlu berehat selama empat ke enam minggu.

Malah, Ummi juga meminta cadangan orang ramai mengenai aktiviti yang bersesuaian untuk dilakukan oleh Ayra sepanjang menjalani proses penyembuhan. To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next empat ke enam weeks to ensure her elbow is fully healed. No school. Thanks also to doc Suresh and everyone at Sunway Medical centre for taking good care of Ayra. Boleh suggest pada saya aktiviti apa yang boleh saya buat untuk anak saya umur empat setangah tahun yang patah tangan? Doakan Ayra pls.. Thank you. Terdahulu, Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Ayra Aneesah, 5 dan Aysha Arsylia yang kini berusia dua tahun.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.