Sekejap je dah berusia 6 bulan, gelagat terbaru ank kembar Alief Irfan buat ramai yang geram

Tanggal 31 Ogos tahun lalu, Youtuber Alief Irfan dan pasangannya telah dikurniakan sepasang kembar setelah beberapa tahun menantikan cahaya mata. Bagi mereka berdua, Ayla Medina dan Ayden Maleeq adalah anugerah terindah buat mereka berdua yang sudah lama menantikan zuriat. Isteri Alief iaitu Bella telah membuat satu akaun khas untuk berkongsi momen berharga dua anaknya di laman Instagram. Meskipun jarang – jarang berkongsi mengenai perkembangan anak kembar mereka, Ayla dan Ayden yang kini berusia enam bulan mempunyai peminat mereka tersendiri. Klik sini untuk lihat video.

Terbaru, perkongsian Bella sekali lagi menarik perhatian ramai dimana Bella memuat naik video kedua – dua anaknya. Masing – masing mengenakan baju berwarna hitam dilihat tersenyum seperti sedang diagah, dan apa yang menariknya Ayla tersenyum menampakkan lesung pipitnya seperti Alieff. Kebahagiaan mummy & daddy. Alhamdulillah, tulisnya pada ruangan kapsyen. Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut memuji kecomelan pasangan kembar Alieff dan Bella.

Kredit Newystoday77. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.