Muat naik video nak hantar anak pergi sekolah, warganet perasan wajah Raja Azura dan anak macam kembar

Mana tidak tumpah kuah kalau bukan ke nasi. Bagi yang baru pertama kali melihat anak Y.M Raja Azura Tengku Tajuddin tentu mengakui wajah anaknya sama dengan dirinya. Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Raja Azura atau lebih mesra dikenali Kak Engku bersama anaknya, Engku Puteri Mia Maizura telah meraih perhatian wargamaya. Video yang dirakam ketika hendak menghantar anaknya ke asrama sambil makan dalam kereta membuatkan para warganet membuat perbandingan. Sambil mendengar anaknya memohon doa untuk kembali ke sekolah, Raja Azura juga memberikan nasihat kepada anaknya supaya berkelakuan baik. Klik sini untuk lihat video.

“Hantar…budak ni balik @_mia.ara_ Check in asrama. Jaga diri s.o.p
Jgn maciammm maciammm…semoga dipermudahkan insyaallah amin. Sibok pesan,windu ke. Jangan nangis.oh. Pesan paling shahduuuu. Belajor baby.” Tulis Azura. Rata-rata mengatakan dua beranak ini memiliki wajah yang sama! Malah ada yang mengatakan seakan adik beradik kembar.

Komen Warganet:

Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.