Dah lama simpan hasrat nak adakan konsert, Andmesh Kamaleng bakal adakan konsert di KL pada Jun ini

Setelah lama menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert di Malaysia, penyanyi dan penggubah lagu popular, Andmesh Kamaleng bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Jun ini. Tidak sabar rasanya hendak menghiburkan peminat di Malaysia pada bulan Jun ini dalam sebuah konsert istimewa yang bertemakan cinta. Ini merupakan konsert pertama saya di Malaysia dan sudah lama saya idamkan untuk membuat persembahan di sana. Andmesh turut membawa pemuzik dari Indonesia bagi memberi kesan yang mendalam kepada peminat dalam persembahannya pada malam itu nanti.

Seramai 6 orang pemuzik profesional dari Indonesia bakal mengiringi saya ketika konsert itu nanti yang dijangkakan berlangsung selama 2 jam dengan kurang lebih 15 buah lagu yang dipersembahkan. Andmesh berkata, segala persiapan menuju konsert sedang dijalankan dan ‘team; Andmesh memastikan setiap pengunjung konsert merasai pengalaman yang maksimal. Istimewanya pada konsert itu nanti, susunan muziknya juga akan mengalami perubahan, khas untuk peminat-peminat di Malaysia, jadi rugi bagi siapa tidak menghadirkan diri. Pastinya ada juga kejutan yang dipersembahkan nanti dan kalau hendak tahu kenalah beli tiket konsert nanti.

Saya berharap agar pengunjung konsert terkesan dengan lagu-lagu yang saya persembahkan, merasakan cinta dengan karya-karya saya, dan pulang ke rumah dengan memori yang indah. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.