Kali terakhir jumpa dengan adik raya tahun lepas, ank perempuan Faziani Rohban buat tuntutan hadanah

Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars, Irdiena Hakim Jasman, 20, telah memfailkan tuntutan hadhanah terhadap adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini. Memetik laporan Harian Metro, tuntutan hak penjagaan dibuat oleh Irdiena Hakim Jasman, Khatijah Mirdin, 71 (nenek) dan Faradilla Rohban Ahmad, 36 (ibu saudara) sebagai plaintif yang diwakili oleh Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, sebagai defendan. Tuntutan hadhanah pula difailkan ke atas adik bongsunya iaitu Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10.

Lebih menyayat hati, Irdina memaklumkan bahawa kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya itu adalah ketika Aidilfitri tahun lalu di kbr ibunya, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad. Jelasnya, dia berkesempatan bertemu dengan Qaseh beberapa jam sahaja dan selepas ibunya pergi menghadap illahi, adiknya terus menetap dengan bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal. Sejak ibu tiada, adik tidak dapat bermalam dengan kami. Begitu juga ketika abang sulung, Mohamed Iqbar Hakim Jasman, 23, berkahwin tahun lalu tetapi adik tidak dapat datang.

Saya tahu adik rindukan kami, namun dia tidak dapat datang kerana disyaki dihalang daripada berjumpa. Saya membuat tuntutan ini (hadhanah) kerana mahu berjumpa dengan adik, di samping nenek juga selalu sakit dan teringin berjumpa dengan cucunya. Dengan permohonan ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh adik melalui mahkamah sama ada mahu tinggal bersama saya dan adik beradik yang lain atau bapa tiri,” ujarnya kepada Harian Metro. Susulan itu, Irdiena mengakui bahawa berasa terkesan apabila dihalang berjumpa dengan adik bongsunya itu kerana hubungan mereka sangat akrab dan tinggal bersama ketika ibunya masih hidup.

Dedahnya lagi, dia juga perlu berjumpa dengan pakar psikologi bagi mendapatkan rawatan gara-gara isu ini. Oleh itu, Naimah yang mewakili anak guamnya menyatakan pihaknya telah memfailkan permohonan mengikut Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002 di mana anak diberikan peluang untuk memilih sama ada tinggal bersama plaintif atau defendan berdasarkan hukum syarak dan Seksyen 85 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002.

Prosiding ‘sulh’ hari ini melibatkan kedua-dua pihak yang terbabit dalam pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan gagal dicapai kerana defendan tidak hadir. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.