Anjurkan solat jemaah di Bukit Bintang, rupanya ramai yang sokong dakwah cara macam ni

Penyanyi Asfan Shah baru-baru ini ada berkongsi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan, sesuatu yang besar bakal berlaku di sekitar kawasan tumpuan di ibu kota iaitu Bukit Bintang. Menurut Asfan, dia bersama-sama rakannya menganjurkan solat berjemaah di tengah-tengah kawasan itu bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya ia adalah inisiatif dakwah bagi menyebarkan syiar Islam. Selain solat berjemaah, azar Asar, taklim hadis, berselawat ke atas Nabi, ceramah rohani juga turut diadakan.

Memetik laporan Kosmo, sebelum mengadakan solat Jumaat di lokasi terbabit, penganjur bersama yang juga pemilik jenama Deep Faith, Amar Sufi Ali dan rakan-rakannya sudah mendapatkan rujukan serta pendapat daripada golongan alim ulama. “Kami dah telefon beberapa ustaz dan maulana serta guru-guru. Nabi Muhammad dulu pun ada orang tak suka baginda. Berbuat baik ini memang ada orang suka dan sebaliknya. Niat buat semata-mata kerana Allah. Bukan nak sukakan manusia tetapi nak sukakan Allah SWT dan Rasulullah,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respons positif terhadap inisiatif dakwah yang dilakukan, malah mereka berharap agar acara sebegini dilakukan dengan lebih kerap lagi. Untuk makluman, selain Asfan, rakan selebriti lain yang turut hadir bagi mengimarahkan solat berjemaah ini adalah, Aliff Aziz, Saharul Ridzwan dan juga Yusuf Bahrin.

Sumber: XTra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.