Vanidah Imran menjelaskan yang dia gembira dengan perkhawinan bekas suaminya

I’m very happy for him” Demikian kata-kata pelakon Vanidah Imran, 50 apabila disoal mengenai perkahwinan bekas suaminya, Rashidi Ishak dengan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin. Vanidah atau lebih mesra disapa Vee berkata dia sudah lama mengenali Wan Hasliza malah memuji keperibadian pengarah tersebut. Liza adalah pengarah ketika saya berlakon dalam sebuah karyanya. Saya sudah mengenalinya.

Sejujurnya, saya dah lama tahu mereka nak kahwin, anak-anak juga dah tahu awal. Vanidah ditemui XTRA ketika malam gala filem Imam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Saya beritahu pada anak perempuan saya yang dia pasti akan menyukai Hasliza. Sebab Hasliza adalah seorang yang baik dan dia juga suka membaca sama seperti anak perempuan saya. Saya sangat gembira apabila Rashidi memperisterikan dia. Hasliza juga seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Kami juga baik sahaja. Dalam perkembangan lain, Vanidah memberitahu dia bakal muncul dalam sebuah telefilem pada hari raya Aidilfitri kelak.

Tambah Vanidah, dia juga menyifatkan Hasliza adalah seorang yang berpendidikan malah turut gembira apabila Rashidi memperisterikan pengarah drama Kampung People itu. Terdahulu, Vanidah menamatkan zaman ibu tunggal dan selamat bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabillah Idris, 43 pada Julai 2022. Untuk rekod, Vanidah pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidi pada 1 Oktober 2000 namun berpisah pada 9 Ogos 2018. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika. Kredit Xtra.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.