Alha Alfa Cosmetics Berjaya menghangatkan AJL 37 dengan pencapaian lebih 5 juta tontonan

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics pada malam 12 Februari lalu berlangsung penuh meriah dengan 5.4 juta capaian tontonan di TV3 dan 1.75 juta capaian di platform digital. Sementara lebih 8,000 peminat muzik tanah air membanjiri Axiata Arena bagi menyaksikan acara penuh berprestij itu secara langsung demi menyokong barisan selebriti kegemaran mereka pada malam tersebut.

Lagu Terus Hidup ciptaan dan nyanyian Aina Abdul diangkat sebagai juara pada malam tersebut sekaligus melayakkan Aina untuk membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM100,000. Lebih manis lagi, Aina juga turut memenangi kategori vokal terbaik dan menerima RM12,000 berserta sebuah trofi. Sementara tempat kedua diduduki SonaOne & Joe Flizzow menerusi lagu Suatu Malam Di Temasek dan tempat ketiga jatuh kepada Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000 bersama trofi.

Persembahan penuh bersemangat Shiha Zikir untuk lagunya Irama ternyata membuahkan hasil apabila berhasil meraih Anugerah Persembahan Terbaik. Beliau menerima wang tunai RM10,000 berserta trofi. Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja pula jatuh kepada Khai Bahar yang menyanyikan lagu Sengsara apabila berjaya mendapat undian tertinggi di aplikasi TikTok. Menerusi kategori ini, Khai berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Alha Alfa terdahulu berkata kepada The Vocket, beliau melihat AJL 37 sebagai satu platform yang baik untuk menunjukkan sokongannya terhadap barisan selebriti tanah air. Beliau juga bangga dapat menjadi sebahagian daripada AJL 37 sekaligus dapat mengetengahkan gabungan tema ‘Dimensi Muzik’ bersama solekan yang baginya telah meninggalkan kesan yang memukau di hati penonton.

Meskipun tak mudah namun kreativiti yang ditunjukkan barisan jurusolek menggunakan produk Alha Alfa Cosmetics ternyata telah menjadikan visual solekan pada malam tersebut lebih menyerlah. Bersempena dengan AJL 37 yang lalu Alha Alfa Cosmetics telah memperkenalkan Set Dimensi, ia dilengkapi dengan serum kolagen yang mengandungi foundation serta lip booster.

Set ini sesuai untuk anda yang mahu tampil lebih natural tanpa solekan tebal. Apa yang lagi best, ianya juga boleh merawat kulit anda agar kekal sihat dan menawan. Kredit Thevocket. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.