Lepas tarawih selamba je berkeliaran dengan telekung, sekali ada pula yang pesan jangan pakai telekung warna putih

MASUK sahaja bulan Ramadan, makin banyaklah foto dan video kaum wanita memakai telekung dikongsikan di media sosial. Biasanya mereka akan mengambil swafoto atau video setelah bersiap-siap atau sesudah menunai solat tarawih. Namun lain sedikit dengan pemilik akaun TikTok Amirah Haris apabila dia berkongsi video bersama rakan-rakannya yang masih memakai telekung ketika berkunjung ke sebuah restoran makanan segera, Mcdonalds. Amirah merakam video wajah ceria rakannya membuat pesanan di Mcdonalds sambil memakai telekung. Baru habis tarawih pertama masuk Mcdonalds pakai telekung dah,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Apabila diteliti pada ruangan komen, ramai juga dalam kalangan wanita yang turut berkongsi pengalaman sama. Klik sini untuk lihat video.

Kata mereka telekung juga selesa dipakai untuk keluar ke mana-mana terutamanya selepas solat di masjid. Hingga kini perkongsian itu meraih hampir 300,000 tontonan di TikTok. Perkara biasa apabila Ramadan, orang tak kisah dah. Bulan puasa je valid pakai telekung sebab biasanya baru habis tarawih. Dalam pada itu, ada juga warganet yang berseloroh mengingatkan kaum wanita supaya elakkan memilih telekung berwarna putih untuk dipakai di luar. Elakkan lah pakai (telekung) putih. Aku ni jantung tak adalah kuat mana. Tahun lepas boleh tahan banyak kali terkejut sebab telekung putih,” kata pelayar tersebut.

Namun rata-ratanya memuji kumpulan wanita berkenaan kerana masing-masing kelihatan ayu dan sopan mengenakan telekung. Malah mereka juga dipuji kerana rajin menunaikan solat tarawih di masjid secara berjemaah. Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.