Beberapa kali kecundang dalam percintaan, rupanya ini syarat yang Wak Doyok letak kalau nak jadi calon isteri dia

Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok meletakkan ibunya sebagai keutamaan dalam apa jua aspek terutama dalam memilih calon isterinya. Beberapa kali kecundang dalam percintaan, Wak Doyok atau pemilik nama penuh, Mohd Azwan Md Nor, 41, memanfaatkan kesempatan yang diberikan untuk berbakti menjaga ibunya yang sudah berusia. Syarat utama adalah seseorang yang boleh tinggal bersama ibu saya kerana saya adalah anak bongsu, jadi adalah tanggungjawab untuk menjadi ibu. Oleh itu, calon isteri perlu bersetuju dengan syarat itu. Malah, sebagai seorang ibu pastinya dia mempunyai naluri untuk memilih bagi pihak saya. Ada beberapa wanita yang dibawa berjumpa ibu namun tidak berjaya untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya.

Saya juga mementingkan aspek yang mana calon isteri itu mahir memasak. Kebanyakannya sibuk dan lebih suka makan di luar, saya memang macam orang lama suka air tangan orang rumah. Bagi Wak Doyok, kekasih dan isteri boleh dicari pada bila-bila masa, namun ibu hanya satu. Matlamat saya untuk keluarga dan selagi ibu ada, selagi itu saya akan terus menjaga dia. Apatah lagi, ibu saya sudah berusia 80-an, jadi saya menggunakan kesempatan ini untuk membalas balik jasanya. Jadi, saya tidak tertekan atau terburu-buru untuk berkahwin. Wak Doyok berkongsi mengenai perancangan mendirikan rumah tangga ketika ditemui pada acara Laskar Raya 2023 yang diadakan di sebuah premis acara di sini, baru-baru ini.

Dalam acara berkenaan, Wak Doyok turut diumumkan sebagai duta bagi koleksi baju melayu raya Starvilion. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.