Umur dah mencecah 50 tahun tapi masih nampak muda, busana rona emas Che Ta jadi perhatian warganet

Mencecah usia 50 tahun pada Khamis, pelakon Rozita Che Wan diraikan dalam majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertemakan rona emas. Berkongsikan gambar sambutan itu di laman Instagram miliknya, Rozita atau Che Ta kelihatan menawan dengan persalinan rona keemasan dilatari dengan dekorasi belon warna yang sama. Old is gold. Ready to start a new decade of adventures,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen. Meninjau di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat Che Ta tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

Malah rata-rata memuji penampilan Che Ta yang kelihatan awet muda biarpun usia sudah memasuki 50-an. Untuk makluman, mereka mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun. Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra,24. Kredit Media Hibuan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.