Datuk Adi Putra akur dengan keputusan, nama tidak tersenarai dalam filem Mat Kilau 2

Ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila pelakon Adi Putra memaklumkan namanya tidak disenaraikan di dalam filem Mat Kilau 2. Pelakon itu sendiri mengesahkan mengenai perkara itu selepas satu kenyataan yang diterima daripada pihak penerbit filem berkenaan iaitu Kembara Studio. Pelakon, Datuk Adi Putra akur dengan keputusan syarikat produksi, Studio Kembara Sdn Bhd mengeluarkan namanya dari senarai pelakon filem prekuel Mat Kilau. Kenyataan Adi yang sinonim dengan watak Mat Kilau itu sekali gus mengesahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit filem itu berhubung isu berkenaan.

Saya terima dengan qada dan qadar. Pengesahan itu dikeluarkan pihak penerbit dan akur dengan keputusan itu. Penerbit dan pelakon ada batasan. Penerbit ada kuasa untuk menerbit dan membuat ketentuan dari segi pemilihan. Kita sebagai pelakon adalah dalam kategori ‘freelance’, tidak ada hak mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” katanya. Terdahulu, Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem pecah panggung itu, Oktober lalu. Abdul Rahman berkata, dua pelakon utama Mat Kilau iaitu Adi Putra dan Beto Kusyairy juga tidak terbabit dalam produksi berkenaan.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.