Selepas menggemparkan industri hiburan dengan memfailkan untuk berpisah terhadap suaminya, Farid Kamil, Diana Danielle dilihat sudah memadam gambar pelakon itu di Instagram. Semakan Harian Metro di Instagram Diana mendapati dia hanya tinggalkan gambar bersama dua anaknya, Muhammad, 10; dan Nur Aurora, 8. Selain itu, Diana hanya aktif mempromosikan filem terbaru lakonannya, Imaginur di laman sosial itu. Dalam pada itu, semakan di Instagram Farid pula mendapati dia masih mengekalkan gambarnya bersama Diana dengan anak-anak mereka.
Terdahulu, Diana membuat permohonan untuk berpisah awal bulan lalu dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan untuk berpisah di sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, semalam. Farid juga mendakwa dia tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama Diana sejak awal bulan ini. Dalam tempoh sama, difahamkan pelakon filem Anwar: The Untold Story itu juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.
Semalam, Farid ketika dihubungi mempersoalkan tindakan isterinya dan meminta wartawan bertanya sendiri kepada Diana berhubung tindakannya itu. Diana pula masih mengunci mulut mengenai kemelut rumah tangga mereka itu. Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Diana untuk mendapatkan reaksinya tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp. Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Diana pernah berkongsi pendapatnya ketika ditanya mengenai perpisahan dalam rumah tangga. Saya rasa, tiada wanita yang ingin membuat begitu tanpa sebab dan kita tak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.
Kredit Harian Metro, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.