Ella beri bayangan macam nak tinggalkan dunia seni, tapi ini pula pengakuan dari wakil pengurusan Ella

Baru-baru ini, penyanyi rock terkenal, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin menjadi bualan hangat warganet apabila dia bertindak memadam kesemua gambar di laman Instagramnya telah mencetuskan tanda tanda ramai. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Ella di laman sosialnya, dia seakan memberi bayangan seakan-akan mahu tinggalkan dunia seni buat selama-lamanya dengan menzahirkan ucapan penghargaan buat peminat. “Terima kasih untuk 35 tahun,” ujarnya ringkas dalam hantaran tersebut. Dalam pada itu, menurut laporan, wakil pengurusan Ella yang dikenali sebagai Peah mendedahkan dia tidak pasti akan perkongsiannya yang dibuat oleh penyanyi yang berusia 56 tahun itu.

Jelasnya lagi, dia percaya bahawa pelantun lagu Sembilu itu tidak mungkin akan berundur sebagai penggiat seni dalam masa terdekat. “Saya pun tidak boleh nak komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri. Rasanya lebih baik dia sendiri yang memberi jawapan. Saya tidak pasti apa yang terbuku di hatinya sekarang ini. Namun sebagai pihak pengurusan rasanya tidak mungkin dia akan mengundur diri kerana nama Ella sudah cukup sinonim dalam industri muzik,” katanya.

Tambah Peah lagi, hantaran tersebut berkemungkinan tanda penghargaan buat para peminatnya yang telah menyokong dan menjadi tulang belakangnya selama ini. Sumber, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.