Geram betul tengok gelagat Lila pergi sekolah, tak sangka rupanya macam ni karakter ank kedua Scha Alyahya dan Awal Ashaari

Pasangan pelakon Scha Alyahya dan Awal Ashaari tampil mendedahkan karakter anak kedua mereka, Lila Amina yang kini sudah berusia dua tahun. Menerusi video yang tular di TikTok, Scha dan Awal turut berkongsi gelagat anak kedua mereka itu sejak dihantar ke sekolah buat pertama kali. Menurut Scha, Lila sangat mudah menerima rutin hariannya biarpun pada awalnya dia sering menangis untuk ke sekolah. “Masa mula-mula hantar dia pergi sekolah, dua minggu nangis. Tapi bila masuk minggu ketiga dia dah okay. Lila ni dia sangat bagus dengan rutin. Baru-baru ini dia buat first performance konsert, dia dari sampai sampailah habis dia menangis. Klik sini untuk lihat video.

“Baby pandemic kan dia mungkin takut dengan crowd yang besar, dia tak faham apa lagi kan,” katanya. Dalam pada itu, Awal menyifatkan anaknya itu sangat kuat dan teguh dengan pendiriannya jika ingin melakukan sesuatu perkara. Then, dia sangat strong mind. Kalau dia nak, nak. Kalau taknak, taknak. Kalau kita paksa dia duduk atas pentas menari dia taknak, taknaklah. Tak tahulah bagus ke tak tapi harap-harap macam tulah sampai ke besar,” jelasnya. Terdahulu, Scha dan Awal telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Lara Alana dan Lila Amina.

Sumber: XTra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.