Individu ini mampu bertahan dalam hutan Amazon selama 31 hari dengan memakan cacing dan serangga

Jhonattan Acosta, 30, yang tersesat dalam hutan selepas terpisah daripada empat rakannya ketika memburu di utara Bolivia. Acosta berkata, dia terpaksa makan cacing, serangga dan minum air hujan yang terkumpul dalam kasutnya untuk terus hidup. Lelaki berusia 30 tahun itu juga berkata dia terpaksa bersembunyi daripada jaguar dan peccaries, sejenis mamalia seperti babi, sepanjang melalui detik pahit itu. Ketika ditemukan pasukan pencarian terdiri daripada penduduk tempatan dan rakan, dia kehilangan berat badan sebanyak 17 kilogram, terkehel pada kaki dan mengalami dehidrasi.

Dengan linangan air mata, lelaki itu menzahirkan kesyukuran kerana berjaya ditemui dan diselamatkan orang ramai. Saya makan cacing, serangga dan gargateas (buah-buahan liar) . Kamu mesti tidak percaya semua yang saya lakukan untuk bertahan selama ini. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kehidupan baharu,” katanya kepada Unitel TV. Adik lelakinya, Horacio Acosta berkata, abangnya bimbangkan nyawanya terancam pada hari keempat dia hilang dan kakinya terkehel. Abang hanya ada satu kartrij dalam senapang patahnya dan tidak dapat berjalan. Selepas pengalaman pahit itu, dia mahu berhenti memburu,” katanya kepada akhbar Página Siete Bolivia.

Sementara itu, polis berkata, mereka menyoal siasat empat rakan mangsa yang terselamat bagi mendapatkan gambaran sebenar bagaimana lelaki itu terpisah dari rakannya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.