Datin Maria sambut ulangtahun kelahiran ibu, tapi kecantikan ibu masa usia muda pula jadi perhatian warganet

Selalu tengok saja Datin Seri Maria Farida Atienza di laman media sosialnya tapi bila dapat peluang bertentang mata dengannya memang tak berkelip mata memandang. Di usia 52 tahun Datin Seri Maria umpama mempunyai magnet yang menarik setiap mata memandang. Walaupun tampil ringkas tetapi pesona yang dimilikinya tetap jelita umpama anak dara. Buat ramai orang tertanya-tanya akan rahsia wajah cantik semulajadinya itu. Rupanya Maria ini ada darah campuran Filipina, Melayu. Patutlah cantik tak boleh bawa bincang. Walau dalam usia 52 tahun, wajah pelakon terkenal Datin Maria Farida seakan tak dimamah usia. Luar biasa cantiknya.

Menerusi perkongsian dilaman instagram, Datin Maria Fareda telah memuatnaik satu ucapan istimewa sempena ulangtahun kelahiran ibunya. Apa yang menarik perhatian, dia telah berkongsi beberapa keping gambar sewaktu ibunya masih muda. Jelas ternyata, awet muda yang dimiliki mungkin daripada ibunya. Walaupun sudah dikira usia ’emas’ namun ramai yang menganggap dia lebih muda dari usia yang sebenar. Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.