Baru-baru ini, Jep telah tampil memberi penjelasan untuk menghentikan ‘sinetron’ yang berlaku dalam kumpulan Sepahtu. Jep dalam satu hantaran di Instagram, menceritakan mengapa Shuib tak muncul dalam rancangan Sepahtu Live Reunion (SRL). Terbaru, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil mendedahkan punca mengapa anaknya itu jauh hati. Sebagai ibu, dia tergerak hati nak mempertahankan anak dan menyokong keputusan tak menyertai SRL ketika itu. Ibu Shuib tampil pertahankan anak, kongsi cerita pihaknya. Katanya keputusan itu lebih baik daripada anaknya terus ditindas dan diperlakukan macam orang tak bermaruah. Ibu Shuib juga mempersoalkan dimanakah ‘sahabat’ di saat rakan seperjuangan dikenakan tindakan. Dakwanya, sahabat itu sebaliknya memaki dan menghina Shuib di hadapan orang ramai.
“Assalamualaikum wbt, dengan gerak hati dan izinNya harini saya tampil bersuara sebagai seorang Ibu yang cuba mempertahankan anaknya SHAHMIRA MUHAMMAD @ShuibSepahtu dari terus menjadi bualan tanpa mengetahui keseluruhan jln cerita mengapa dia sudah ‘Tak Berminat Lagi Utk Berada Dim SRL’. Sbg ibu saya menyokong tindakan anak saya utk tidak lagi menyertai SRL ketika itu. Kerana itu lebih baik buat anak saya dari terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah.”
Malah, ketika Shuib disiasat SPRM, dia dikatakan dilayan seperti sudah bersalah oleh ‘sahabatnya’ itu. Jelasnya lagi, jawapan Shuib sentiasa berubah ketika ditanya wartawan kerana masih mahu menjaga aib seseorang. Dia memberi alasan pergi kerana syarikat TV tapi sebenarnya itu bukan punca utama.
Di mana yang dikatakan ‘SAHABAT’, Bila saat ‘SAHABAT’ seperjuangan dikenakan tindakan, tiada ‘SAHABAT’ yang mempertahankan.. Malah dia dimaki dan di hinanya lagi oleh
SAHABAT sendiri di depan orang ramai.. Itu ke yang di katakan ‘SAHABAT’. Di saat dia mash dalam siasatan SPRM dan masih belum pun dijatuhkan hkmn bersalah, dia telah pun dilayan mcm org bersalah oleh ‘SAHABAT’ sendiri.. Di perli, di malukan di dalam bilik meeting seolah-olah macam dia takde maruah.. Utk apa kita hanya menjadi baik di depan orang ramai tetapi di belakang kita sebaliknya.
“Dan kerana itu lah jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang. Dia masih tetap meletakkan jawapan perginya dia dari SRL adalah kerana astro sedangkan jawapan sebetulnya bukan itu, tetapi utk tidak mengeruhkan keadaan dia mash menyimpan jawapan yang sebetulnya. Ketika itu dia memilih utk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri tetapi dia lebih menjaga maruahnya dari terus di pjak2 orang tanpa memikir sedikit pun perasaannya. Dan yang membuatnya sedih kerana itu adalah rakan seperjuangan dan rakan yang dikenali sblm dia menjadi artis.”
“Jadi sebagai ibu yang sentiasa melihat kesedihan dia, kemurungan dia yang terpaksa melupakan minatnya seketika ketika itu,menolak nilai duit demi mempertahankan maruahnya. Kerana dia ingin berkerja dim hati yang tenang dan gembira. Saya pun bukanlah gla publisiti murahan tetapi utk sekali ni saya rasa saya perlu bersuara kerana anak saya sudah cukup berdiam diri bertahun-tahun.. Sekian..” Kata ibu Shuib.
Kredit: Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.