Sering ditanya tentang rumahtangga, Sherry Ibrahim akui bukan tak nak kahwin tapi jodoh yang belum sampai

Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi. Demikian ulas pelakon Sherry Ibrahim yang tidak terkecuali diajukan mengenai soal berumah tangga. Menginjak ke usia 40 tahun, Sherry turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya. Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya. Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Sherry teruja berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.

Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat. Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada. Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” kata Sherry yang turut sibuk mengendalikan perniagaan salun rambutnya selain bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersiri dalam tempoh terdekat.

kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.