SEJAK beberapa hari lalu media sosial kecoh apabila isteri kepada aktor Remy Ishak iaitu Ezza Yusof dikatakan sedang berbadan dua. Ezza atau Roszaliza Yusof, 40, bagaimanapun enggan mengesahkan dakwaan tersebut sebaliknya meminta perkara itu ditanya sendiri kepada Remy. “Tanya suami saya. Doakan yang baik-baik,” katanya.
Ezza menjawab perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih by the Melvins yang diadakan pada malam Khamis. Sebelum ini, warganet mendakwa isteri kepada pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu sedang berbadan dua apabila terlihat seakan baby bump pada bahagian perutnya. Remy sebelum ini pernah menafikan Ezza sedang hamil dan mengharapkan doa daripada peminat untuk mereka berdua. Untuk rekod, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Muat naik video ootd tapi benda ni pulak yang warganet perasan pada isteri Remy Ishak. ISTERI kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mendapat perhatian ramai apabila didakwa sudah berbadan dua. Menerusi Instagram, Ezza memuat naik video dirinya menggayakan koleksi tas tangan dan kasut, namun apa yang menarik perhatian warganet ialah perubahan pada bahagian perut seperti terlihat ‘baby bump’. Justeru itu, ramai pengikut tinggalkan komen tahniah dan berharap agar Ezza benar-benar hamil. Klik sini untuk lihat video.
“Tahniah, perut nampak kecil. Sama macam saya. Waktu hamil perut tak nampak sangat walaupun dah sarat. “Maaf saya tidak tengok kasut awak, tapi saya tengok awak punya baby bump. Comelnya awak. “Nampak baby bump! Comel. Semoga sihat-sihat sahaja. “Alaa makin membesar dah tak boleh sorok baby… Remy junior is coming,” komen warganet. Video pendek OOTD yang dimuat naik Ezza itu menerima lebih 6,000 tanda suka daripada pengikut. Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 41, gagal apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab. Untuk rekod, Remy bernikah dengan Ezza di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2021. Sumber, Mstar.