Walaupun dah pukul 2 pagi tapi masih setia tunggu pelanggan, ramai yang sebak bila tengok cara warga emas ni cari rezeki

DI sebalik maskot yang kelihatan ceria, tersembunyi seribu satu kisah yang mungkin tidak diketahui sesiapa. Meskipun usianya sudah lanjut, wanita ini tetap cekal mencari rezeki sebagai maskot yang menjadi penyeri warga kota. Kisah wanita itu menjadi perhatian selepas seorang pemuda dikenali sebagai Roslan Salleh membuat pendedahan mengenainya di Facebook, baru-baru ini. “Memang warga kota sekarang sangat merasakan kepayahan untuk menjalani kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur. Apatah lagi sekiranya ada banyak tanggungan yang harus kita hadapi.

“Di sebalik keriangan orang ramai bergambar bersama watak kartun yang mewarnai suasana di kawasan persekitaran Bazaar Malam Wangsa Maju ini, saya terkejut melihat salah satu watak kartun itu. “Dia merupakan seorang warga emas sekitar baya ibu saya dan mungkin seusia ibu ayah anda,” ujarnya. Menurut Roslan, dia kagum melihat kesungguhan wanita itu dan berdoa agar Allah melimpahkan rezeki buatnya. “Melihat kesungguhannya saya teruja, apatah lagi diusia ini beliau sepatutnya sudah berehat dan berada di rumah sahaja.

“Nampak juga raut wajah berusia ini keletihan tetapi apakan daya, mungkin ini sahaja cara untuk menjana pendapatan yang halal. Apapun moga Allah permudahkan urusan makcik ini, dilimpahkan rezeki seluasnya, diberikan rahmat Allah dan kesihatan yang baik selalu,” ujarnya lagi. Menerusi posting di Facebook, Roslan turut berkongsi foto wanita itu yang sedang duduk menunggu pelanggan di tepi jalan, sekitar pukul 2 pagi.

Di ruangan komen, ramai warganet turut meluahkan rasa sayu akan keperitan hidup wanita itu sehingga dia terpaksa bekerja sebagai maskot. “Nampak letih mukanya. Kasihan makcik tu terus kuat mencari rezeki. Semoga Allah permudahkan urusan dia. “Allahurabbi Ya Allah. Allahuakbarrr Ya Allah. Moga makcik ni terus tabah dan kuat serta diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusannya.

Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.