Tular pasal makcik jual makanan di airport buat ramai yang simpati, rupanya dia meniaga untuk tampung kos rawatan

Beberapa hari lalu, tular foto dan video memperlihatkan seorang wanita menjual makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ia mengvndang rasa simpati warganet kerana pengirim video mengatakan bahawa jualan itu dibuat bagi menanggung kos knsr yang dia hidap. Perkongsian tersebut tular sehingga meraih lebih daripada 13K jumlah retweets dalam sejak ia dikongsikan pada 2 Mac 2022 lepas. Dikhabarkan, makcik ini akan jual pelbagai menu makanan. Disebabkan berita itu tersebar meluas dengan pantas, ramai warganet yang ada di kawasan KLIA bantu makcik tersebut. Dalam pada itu, ada juga pihak-pihak tertentu ingin mencari butiran lanjut mengenai makcik tersebut untuk hulurkan bantuan. Klik sini untuk lihat video.

Ekoran dengan penularan video itu, ada pula warganet yang mendakwa bahawa dia mengenali makcik tersebut sejak tahun 2016 lagi. Berdasarkan perkongsian daripada seorang warganet yang terpanggil pasal kes makcik ni, individu tersebut menyatakan bahawa dia kenal dengan makcik tersebut. Difahamkan, selain di lapangan terbang, makcik ini berada di merata tempat seperti Subang Parade, Midvalley, dan Sunway. Katanya perniagaan ini dibuat sejak tahun 2016, difahamkan ada juga cerita yang kurang sedap didengar mengenai makcik ini. Menjengah ke ruangan komen, ada yang pernah lalui pengalaman yang sama seperti individu ini, bagaimanapun ada juga yang memuji menu masakan makcik ini. Namun begitu, masih ada warganet mempertikaikan penyakit makcik ini dari tahun 2016 hingga 2023 ini.

Sumber, Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.